Maafkan aku…….
Assalamualaikum w.b.t.
Lama rasanya xupdate blog yg xfamous ni.btw,harini terpanggil untuk post 1 entri yang aku rasa meluahkan apa yang aku tengah rasa.
Setiap manusia takkan terlepas dari melakukan kesilapan kerana itu semua fitrah manusia termasuk diri aku.Janganla menganggap kita ni terlalu sempurna untuk meninggikan EGO kita.Aku cuba bahagikan enti kali ini kepada tiga.
· Memohon maaf
· Memaafkan
· Melupakan
MEMOHON MAAF
Lazimnya bila kita melakukan kesalahan, kita sepatutnya meminta maaf tak kira kesalahan tu kecil atau besar. Tetapi, mudah ke orang nak meminta maaf? Kalau orang yang ego tinggi, jangan mimpi la dia nak minta maaf even itu kesalahan dia sendiri. Tapi ada juga orang yang mudah minta maaf even dia rasa bukan dia yang salah. Sikap tu kita kena puji dan harus ada dalam hidup kita.
Kadang kala benda simple pun boleh jadi isu pasal maaf memaaf ni. Contohnya bila kita terlanggar orang secara tak sengaja. Terutama bila kita tengah kejar masa, orang plak ramai. Kalau kita minta maaf cepat-cepat, confirm orang tu tak jadi marah dan senyum je.^__^ Kutuk or gurau pun kekadang terlebih tapi apala salahnya kita memohon maaf???
MEMAAFKAN
Ada yang berfikir jika kita memaafkan seseorang bererti kita menerima dan setuju dengan perlakuan tidak adil yang orang lain lakukan terhadap diri kita. Ramai yang berfikir bahawa memaafkan bererti kita harus menghubungi kembali orang yang pernah menyakiti kita. Mereka juga berfikir bahawa memaafkan adalah sesuatu yang kita lakukan untuk orang lain. Benarkah begitu? Tidak!!. Sama sekali tidak.
Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang kita lakukan untuk diri kita sendiri. Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang sangat “egois” yang hanya ditujukan demi keuntungan dan kepentingan diri kita sendiri.
Memaafkan bukan hanya ditujukan untuk orang lain namun kemaafan juga adalah untuk diri sendiri. Hanya orang kuat yang mampu memaafkan orang lain mahupun diri sendiri.Bak kata, Mahatma Gandhi , “The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.”
Ramai orang yang mengalami kesulitan untuk berjaya kerana memendam emosi marah dan dendam pada seseorang. Emosi negatif yang tetap “dipelihara” ini akan menjadi parasit kepada diri anda sendiri.
Ketika kita memaafkan seseorang pernah menyakiti itu dengan tulus dan ikhlas , apa yang terjadi ialah kita menyingkirkan vampire psychic energy (parasit), yang selama ini menyedut energi kita tanpa kita sedari, dan selepas memaafkan, energi dan vibrasi kita meningkat, dan kita dapat memanifestasikan kejayaan dengan sangat cepat dan mudah.
Kita sering marah, walaupun sebenarnya sesuatu keadaan atau perkara yang berlaku bukanlah benar-benar menyakitkan kita. Apa yang terjadi adalah kerana wujudnya persepsi yang yang telah ditafsirkan secara negatif.
Firman Allah swt, : "Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan(kesalahan) orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan" (Surah Al-Imran:Ayat 134)
Ketika kita memaafkan orang lain , energy negatif yang selama ini menghubungkan kita dengan orang itu akan terputus. Orang itu akan merasakan sesuatu yang positif dalam dirinya. Jangan terkejut jika , setelah anda memaafkan orang yang pernah menyakiti anda, tiba-tiba sikap orang itu pada anda berubah walaupun anda tidak memberitahu bahwa anda telah memaafkan dirinya.
Tergerak untuk memaafkan orang yang telah membuat salah padaku sungguh hatiku sebelum ini,sungguh ego ya ALLAH. Aku hanya suka berdiam diri jika melibatkan perasaan marahku,(selalunya aku bising) kalau pasal benda lain.
Sebenarnya aku tidak mahu melukakan sesiapa tapi kekadang Ter or tak sengaja.Ya ALLAH ampunilah dosa dosaku.Aku cuba amalkan sebelum tidur untuk memaafkan orang lain.Sebab ajal kita belum pasti lagi waktunye.Who knows,maybe today,tomorrow or.....kekadang ada juga aku rase menyirap kat sape yang aku rasa ada wat salah sampai rasa nak SHOOT je!!!! Tapi aku sedar aku pun banyak wat salah.Jadi better aku maafkan orang lain.^__^
MELUPAKAN
Tapi mudah ke orang nak memaafkan kesalahan orang lain dan melupakan perkara tu dengan seikhlas hati?Lagi-lagi kalau kesalahan tu agak berat. Maksudnya melupakan terus hal tu tanpa diingat lagi.
Tapi yang sering berlaku, walaupun mulut kita kata kita dah memaafkan orang tu, tapi kita mesti akan ingat perkara tu. Lagi-lagi kalau perkara tu betul-betul melukakan hati kita. Yang memberi kesan mendalam dalam diri. Perkara tu boleh menjadi ungkitan dikemudian hari even maaf telah diberikan. Ada kan macam tu sebab aku pun ada alami benda tu. Tak boleh nak tipu la. Kita bukanla nak menanam dendam dalam diri kita, cuma itu macam menjadi benda yang kita akan kenang sampai bila-bila. Tak boleh nak lupa.
Sangat susah nak cari orang yang boleh lupakan perkara yang menyakitkan dalam diri dia macam tu je. Kalau kesalahan tu melibatkan duit, lagi orang susah nak lupakan. Kan? Ternyata tidak mudah menanamkan sikap ikhlas dalam diri untuk memaafkan orang lain.
"Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNya “ Al-Afuwwu” Maha Pemaaf, maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri dengan Maha Pemaaf!"
P/S :Ingatlah,kita adalah insan biasa yang sering melakukan kesilapan.Kesilapan yang mungkin mampu menyakiti individu lain tanpa sedar.Biarlah sikap maaf,memaafkan & melupakan ini tertanam dalam diri setiap kita agar ia dapat memupuk sikap positif yang mampu membina diri kita jauh lebih matang..insyaAllah..
aku nk mintak maaf r, sepanjang perkenalan aku dgan ko? maafkan aku ye kawan?
ReplyDeletehehe.. no halla bro... xde salah papepun.. aku pun mix maaf gak...btw,tq follow bro...
ReplyDelete