DetIk MAsa

Friday, October 14, 2011

~Pokok~

Assalamualaikum W.B.T....




Apa persamaan sume gambar di atas?????

Tettt... Salah!!! jawapannya... Sume gambar di atas diambil di google..^__^
Ehem, apa kaitan tajuk POKOK dalam entri kali ni?????

Aku baru google maksud pokok & di bawah penerangannya(kalau rajin baca ok):

Pokok merupakan tumbuhan berkayu dalam alam tumbuhan. Sesejenis tumbuhan ditakrifkan sebagai pokok sekiranya tumbuhan tersebut mempunyai akar, batang, dahan, dan daun. Pokok juga mempunyai tempoh hayat yang lebih lama berbanding tanaman yang lain. Beberapa spesies pokok tumbuh sehingga ketinggian 100 meter (300 kaki) dan terdapat pokok yang mampu untuk hidup sehingga beberapa abad dan ada yang sehingga mencecah seribu tahun. Pada tahun 2005, terdapat kira-kira 400 bilion pokok di Dunia, dengan purata 61 pokok untuk setiap orang.
Bahagian penting bagi sebatang pokok adalah akar, badan, dahan, ranting, dan daun.

Persoalan sebenarnya
Kenapa ada tajuk lagu POKOK????



Cuba Lihat Lirik lagu ni:

Lirik Lagu Pokok – Meet Uncle Hussain/ Hazama

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok


Sebenarnya maksud tersirat entri kali ini mengenai lagu & perihal pokok dalam kehidupan kita.

Bila direnungkan bait-bait lirik lagu ni,banyak makna tersirat yang diselitkan & hanya mampu diterjemah oleh orang yg mahir dalam bahasa puitis.

Tapi bagi aku pulak maksud yang cuba dibawa ialah
soal alasan,sikap menyalahkan orang lain dalam apa-apa hal & fikiran negatif.
Yela, bila tengok pokok goyang,jawab angin yang goncang,
Entah2, ade beruk kat atas pokok tue,mana kita tahu.
Terbang,burung terbang, patah sayap diduga,
kenapa duga sayap burung yang patah??? manala tau burung tu ayam sebenarnya..hehehe
Tapi,tula...
Sume terserah pada PILIHAN.
kita diberi hak memilih ape2 kehendak & keputusan dalam hidup ini.
Oleh itu, carilah & bertanyalah(jangan malu bertanya nanti sesat jalan) untuk mencari JAWAPAN & KEPUTUSAN
yang terbaik dalam hidup kita.
Even,kalau tanya kat pokok pun,kalau pokok boleh jawab,maybe dy boleh memberi jawapan yang terbaik untuk diri kita InsyaAllah..

P/S: Pokok pangkalnya atas diri kita sendiri..... Wasalam...

No comments:

Post a Comment