DetIk MAsa

Thursday, November 10, 2011

Ape cer 11.11.11????

Assalamulaikum w.b.t…

Ape celup ngn tarikh 11-11-11????

Mula2 aku xperasan pun tarikh ni..tapi,bile aku bukak facebook tadi sume ade post macam ni

"dalam kitab satanic the holy is satan. yang Mr St Wingston Father Satan bagitahu bahawa 11.11.2011 hari kelahiran anak syaitan dan dajjal yang akan memerintah dunia. dan orang akan memuja muja hari keramat yang beratusan tahun Wiliam Satan ditunggu tunggukan. sebenarnya orang tidak tahu apa makna tarikh tersebut malah pada hari jumaat datangnya kami untuk menyesatkan semua agama Islam, Kristian dan Buddha. dan di mana nanti yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul. sesungguhnya father of god satan akan terus menyesatkan anak anak adam, St Mary dan Crist Jesus. maka kiamat akan muncul pada hari jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami. sempena keturunan kami 6.6.6.9.9.9 dan 11.11.11.. WALLAHUALAM!"

Percaya ke??? Wallahualam…

Cuma apa yg aku harapkan n nak sume pahamkan sebenarnya syaitan ni sepanjang masa nk sesatkan cucu-cicit adam kerana mereka telah bersumpah keras di hadapan Allah s.w.t utk memalingkan anak adam dari jalan lurus yg disediakan oleh Allah s.w.t..Bukan bila tarikh ni je..kalau macam tu,sebelum ni syaitan berehat ke???? Dyorang men facebook ke b4 ni??? Inila syaitannya laman sosial & sesawang yg mencetuskan banyak fitnah n mencelarukan keadaan umat yg semakin ketandusan fahaman,akhlak & akidah Islam.

Dalam surah Al-A’raf ayat ke-17

“Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.

Kemudian Allah befirman dalam surah Al-A’raf ayat ke-18

Allah berfirman: “Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;

Jadi secara kesimpulannya,pesanan untuk diri aku gak, apa yg pasti janji Allah itu benar & Kiamat itu juga benar tapi hanya Dia yg mengetahui segalanya.Bukan bila dilabelkan sesuatu tarikh,baru kita nk bertaubat, baru nak takot.Ini tak,bile ade je 1 tarikh yg unik,baru nk mcm2.. Sepanjang masa sepatotnya.Jangan sampai tiada kesempatan untuk bertaubat dhla.Jangan lari dari rahmat Allah & semoga kita tergolong golongan yg mendapat hidayat Allah s.w.t..Aminnn…

Catatan- Terdetik di hati ketika mendengar khutbah pada tarikh ini mengenai sesuatu.. YA ALLAH,guide me…

2 comments:

  1. ape yg dipost dan dishare di fb aku perasan semakin hari semakin pelik. terlalu bnyk gosip2, gambar2 dan link2 yg boleh merosakkan minda dan melaghrakan..

    ReplyDelete
  2. nice reminder
    takde beza pun tarikh 11 11 11 dgn date lain
    yg bezanya, apa yg kita buat dan akan buat

    tp, org kita biasalah
    suka benda yg cantik-cantik
    even date pun rmai yg pilij yg cantik2 utk buat nikah kawen
    tak salah, asalkan tak terpesong akidah

    thanks for sharing :)

    ReplyDelete