Assalamualaikum w.b.t...
Ni nk tanye.. ape niat korang bertudung??? kenape menutup aurat??? Bertudung kalo setakat nk cantik,nk nmpak baik,nk tutup 'kekurangan' wajah dan 'kerana-kerana lain' yg bukan kerana Allah knfirm akan mendedahkan si pemakainya ngn perkara-perkara negatif.Ertinya, menutup aurat mestilah atas dasar tauhid,kerana iman,kerana Allah.Jika kerana yang lain,maka itulah yg akan menjerumuskan wanita yg bertudung ke arah kemungkaran.
Sering terjadi bertudung,tp belum menutup aurat.Bukan nk ada-adakan cite,tp kadang2 perilaku mereka lg buruk drpd wanita x bertudung,hinggakan ade yg mncemuh,"Kalo mcm 2,lebih baik xpkai tudung.Tidak Hipokrit!"
Nak jage maruah & akhlak xcukup hanya dgn bertudung je... ade lain2 perkara yg lbih penting lg...Mcm,jaga tingkah laku,berhati-hati dlm tutur kata,mengawal pandangan mata,menjaga pergaulan.Selain itu,masa & tempat wanita itu berada juga perlu dititikberatkan.Misalnya jgn keluar sorg diri di tmpt sunyi & mengaibkan.
Ingt!!! 'aurat di hati' juga perlu ditutup jauh lbih pnting dijaga drpd aurat di badan.Maksudnya,hati jgn liar-hendaklah dijaga selalu.aurat dihati ditutup dgn penuh rasa malu.Cuba bayangkan sikap yg ditunjuk oleh Siti Aisyah r.ha.Selepas Sayidina Umar r.a dikebumikan disisi makam Rasulullah s.a.w,Siti Aisyah sudah xbuka tudung dlm biliknya(sebelah makam Rasulullah s.a.w) sbb Umar bukan mahramnya.
Kalo hati masih liar walaupun bertudung, maka tingkah laku pn akan jd liar jgak-pergaulan bebas,pndangan mata xdikawal,keluar hingga lewat malam,berada di tmpt2 maksiat,maka ketika itu,tudung pn xkn mampu menjaga maruah & akhlak diri.tudung hanya mmpu mnjadi perisai pd akhlak ngn tingkah laku, jika soal hati,elemen dalaman,spt iman,keyakinan & seumpamanya dijaga.
Tp ingt,menjaga elemen dalaman bkn alasan untuk xbertudung.Alasan wanita xbertudung "xbertudung xpe,aslkan hati mesti baik" ZzZ..Sesungguhnya, pakaian mencerminkan jauh atau dekatnya seseorang dengan penciptanya..
Di sini trdapat 2 yg berbeza, pakai tudung ngn menutup aurat.Tutup aurat ade niatnya,ade konsepnya & ade plaksanaannya mngikut syariat & tujuan akhirnya utk mnegakkan akhlak.Mungkin niat nk 'glamour',cntik, bergaya. Salahkah bertudung nk cantik???? Mungkin ade yg berhujah" Bukankah Islam itu indah???" Memang,xsalah pn..tp itu bukan tujuan utama menutup aurat..Tujuan utama menutup aurat adalah mengikut perintah Allah.Dibuat ats dasar Iman.Kemudian dibuat menepati syariat.Dengan itu, berulah trbangun akhlak pd wanita yg menutup aurat.Dan ketika itu,barulah dia selamat & menyelamatkan Insyaallah...
Buatlah kerana Allah.Keadaan yg sama bole brlaku pd hukum2 Allah yg lain.solat misalnya,jika bukan kerana Allah,(kerana riak,ujub,takbur & lain-lain lg) akan menyababkan seseorng bertambah jauh dri Allah.Dan keadaan ini yg terjadi pada wanita2 bertudung yg bukan diniatkan atas perintah Allah.Bukan bertambah dekat, malah semakin jauh dgn Allah..
Tulisan ini hanyalah perkongsian ilmu & semoga mnjadi ilmu yang berguna buat semua... Diolah drpada buku 'Isu Remaja Kontemporari' yg ditulis oleh Pahrol Mohd Juoi... ~Selamat Beramal~ ^^
P/S: Amal Maarouf' Nahi Mungkar.
No comments:
Post a Comment