Assalamualaikum w.b.t....
Tajuk nampak dah macam lirik lagu, tapi ini tidak bermakna apa yang ingin dituliskan turut bunga-bunga..hehe
Tengah termenung sambil bosan menelaah facebook, aku rasa terpanggel nak post tajuk ni sebab tadi timbul rasa macam-macam melihat member-member yang makin lama makin berjaya..
Aku hanya mampu berada UNIKL... tapi syukur Alhamdulillah^^
Sebut je pasal masa lampau mesti timbul perkataan kenangan.Masa
tidak pernah berputar semula.. Sebab????
Semua orang mesti pernah gagal dalam hidup..Aku pun pernah..terus terang aku katakan, masa aku gagal, itulah kegagalan yang paling besar aku hadapi..rasa sedih sangat masa tu..tapi bila aku fikir, tiada guna untuk bersedih..tiada guna untuk menangis teresak-esak..walaupun kegagalan itu sangat menyeksa hati, tapi yang penting, kita dah berusaha sedaya upaya untuk tidak gagal..tapi bagi aku aku gagal sebab aku kurang berusaha...huhu
Jelez dengan kejayaan orang lain?
Ikhlas aku katakan, aku pun tidak terkecuali daripada cemburu melihat kejayaan orang lain..sangat2 cemburu sebabnya aku pernah menjadi mentor tapi aku yang paling tidak berjaya..huhuhu
Boleh ke nak cemburu?? Boleh tapi cemburu seperti ini dibolehkan..untuk kita bergerak lebih maju, kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan kita mencabar diri kita untuk lebih berjaya daripada orang lain..tetapi sikap cemburu dengan kejayaan orang lain mesti lah dibentuk dengan persaingan yang sihat dan bukannya iri hati sehingga menjatuhkan pesaing kita..itu yang perlu kita fahami.Perasaan cemburu perlu terbit bila kita mengalami kegagalan untuk terus mendapat momentum mengejar kejayaan yang diimpikan..
Pernah tak terfikir nak imbau kenangan lama??? Jujur aku katakan aku lebih rela hidup di zaman aku kanak-kanak. Cara aku berfikir mungkin kebudak-budakan dengan penuh masa diisi dengan permainan & imaginasi yang bukan-bukan tapi aku lebih rela begitu daripada berfikir dengan cara dewasa yang penuh dengan emosi,mendalam & sukar nak diterangkan serta mudah disalah erti andai penyampaian yang kurang sempurna.
Bukan itu sahaja, banyak masa yang aku ada aku luangkan dengan aktiviti yang bagi aku amat2 berfaedah serta mencabar ditambah kreativiti & kritis dalam melakukan aktiviti sebagai contoh main bola,main tuju kasut,main masak-masak..best2..Time kecil & dulu tidak perlu kita nak jaga hati member2 sangat sebab time tu sume boleh berfikir secara terbuka kot.Tapi sekarang, law salah cakap sikit or terlebih gurau mulalah nak menangis,remove friendsla,masam muka and bagai..Maybe faktor penyesuaian bagi setiap individu berbeza tapi penerimaan haruslah berunsur pemahaman erti & penilaian secara terbuka.Kekadang kata-kata mungkin sinis tapi maksud asalnya hanyalah santai.. Inilah complicatednya hidup orang "dewasa"...= ='
Secara ringkasnya, apa yang aku cuba katakan......
" Andai dapat di undur masa mungkin hati kecil kita berbisik agar segala kenangan pahit yang terpahat diingatan dapat dikikis untuk dilontar menjadi debu.Saat melaluinya terasa bagaikan kaca terhempas ke batu namun masa tetap ingin berlalu lantas membiarkan detik tersebut menjadi sebuah kenangan abadi.Masa menghadirkan saat gembira, masa mencipta saat duka dan masa juga membuatkan kita lena dan terleka"
"Masa hanya tahu berputar ke hadapan dan beredar tanpa ada hentiannya.Namun perjalanan kita akan terhenti apabila tiba pada nokhtahnya.Kita akan tiba ke destinasi bersama bekalan yang dibawa, bersama memori dan kenangan yang tidak akan terpadam.Andai dapat di undur masa pasti kita inginkan segalanya sempurna dalam diary hidup kita.Tiada simpati dari masa kerana apa yang telah kita tinggalkan itulah yang bakal menjadi sandaran."
Andai dapat ku undur masa...
tidak perlu meningkat dewasa..
ReplyDeletestay young forever!! jyeah!