DetIk MAsa

Thursday, October 11, 2012

Entri Untuk Awak




Assalamualaikum untuk awak..

Entri yang jiwang & berani mati ini khas untuk awak..
hehe

Awak,
Bila teringat kembali, kita penuh dengan kenangan yang sukar dilupakan...
Senyum sorang2 kalau teringat..


Awak,
Saya tak perlukan wajah yang make up tebal untuk menarik perhatian saya,
Cukup sederhana bila memandang awak,
Tersangat segan untuk memandang awak,

Awak,
Awak sentiasa mengingatkan saya pada-Nya
Awak sentiasa memberi semangat di kala saya lemah
Awak membuatkan saya ketawa saat saya tengah bosan,
Awak membuatkan hati saya yang selama ini kosong, kembali bernyawa,
Awak juga membuatkan saya terfikir untuk masa depan,


Awak,
Saya tidak pernah merasakan awak beban bagi saya,
malah saya yang berhutang budi pada awak,
kerana awak telah menceriakan hidup saya.
Kerana awak, saya belajar memujuk,
Kerana awak, saya belajar apa itu cinta ,
Kerana awak, saya mula mengenali diri sendiri,
Kerana awak, saya mula mengenali erti menghargai.



Awak, 
Saya bersyukur Allah mempertemukan kita,
Saat saya betul2 down,
Saat saya memerlukan seseorang selain keluarga,
Awaklah yang datang saat itu.


Awak,

Satu masa nanti saya akan ke sana,
Doa saya disana untuk awak,
andai kita adalah jodoh, saya nak jadi imam & terbaik untuk awak
dalam mencari redhaNya
Berharap agar kita kekal hingga ke syurga.Amin...
Andai saya bukan jodoh awak, saya berharap agar awak bahagia sepanjang hidup awak
dan jangan lupa saya di sini.



Awak,
Pesanan ini untuk saya & awak ,
Jangan tinggalkan yang wajib & perpeganglah pada Al-Quran & Sunnah,
InsyaAllah yakin dengan Yang Maha Esa.



Awak,
Entri ini terlalu sedikit untuk mencoret segalanya,
tapi harap-harap cukup untuk nukilan yang special untuk awak.. 
Sangat sayang awak^^




2 comments: