DetIk MAsa

Tuesday, October 2, 2012

Sebelum Aku Bernikah

LUMRAH kehidupan... bila umur dah masuk 20-an, soalan yang xlekang dek telinga adalah, "Bila nak kahwin??"

Bagi aku soalan killer sebegitu maybe biasa sebab aku anak sulung dalam family, parent pula dh 50-an.
Jadi bagi aku soalan macam tu biasa tapi memang mencabar untuk dijawab sebab perkahwinan bukan sesuatu yg boleh dibuat main-main.Ia soal hidup & mati serta masa depan bersama Isteri & family.

Jawapan yang selalunya aku jawab " Tak kerja lagi" "Takde duet lagi" =.=

Bagi aku, remaja macam aku ada yang mahu berkahwin awal kerana ingin menghalalkan yang haram. Namun, adakah mereka sedar tujuan itu tidak akan diam tanpa cubaan. Pun begitu umur bukanlah persoalannya, tetapi persediaan dari aspek tanggungjawab dan cabaran alam rumah tangga perlu diutamakan.

So, aku nak berfikir sejenak pasal kahwin & berkongsi ape yang aku fikirkan....


First- Duit

Katakan baru je abes blajar, kat mana nak cari duet??? nak pinjam member?? Ah long??? Tak mungkin la sebebal itu nak pinjam duet semata-mata nak kahwin.. Tapi trend sekarang mesti ada yang boleh cakap camni dengan parent, "kenduri tu sunat je yang wajibnya nikah".. ZZZzz.. kalau aku  sendiri jadi bapak, aku tumbuk muka kau!!! Parent mana yang taknak tengok anak2 mereka berkahwin & berumah tangga, at least mesti nak gak wat walimatulurus even xgempak tp dihadiri kenalan rapat & saudara mara..Last2 parent yang keluar duet untuk majlis ko..sedeyh!!



Second- Trend

Dalam dunia yang millenium hari ini, hanya mengizinkan individu untuk meniti kematangan & mencari identiti diri sendiri.. Bila dibuka skop luas2, kita boleh ambil pengajaran dari rumah tangga yang rebah di tengah jalan kerana kurang bersedia dari segi emosional & rohani. so, before nak kahwin dalami dulu ilmu Agama & ilmu berumah tangga. Check dulu  solat 5 waktu & bacaan Quran. Betulkah tajwidnya sebab seorang suami perlu membingbing keluarganya. Macam mana nak bimbing orang kalau diri sendiri pun xbetul. Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan tegak.


Third- Ibu bapa

Aku sentiasa memandang, bahawa orang yang benar-benar serius di dalam cintanya, pasti akan melibatkan ibu bapanya, orang tua. Sebab mereka akan sentiasa sedar bahawa, mereka secara sendirian untuk menghadapi dugaan cinta yang penuh ranjau, dan membina rumahtanga yang besar tanggungjawabnya, adalah mustahil.Perlukan petunjuk, daripada yang berpengalaman.Maka Ibu Bapa, orang tua, adalah antara tempat rujuk yang mesti.Bersembanglah, beranikan diri bertanya. Ajak kepada perbincangan. Mohon pandangan mereka &  pastinya perjalanan cinta di atas dunia ini akan menjadi bersih dan selamat.

Kalau xdirestui????


sekiranya mereka masih tidak setuju dengan keputusan berkenaan sebaiknya jangan diteruskan. Ini kerana redha ibu bapa itu penting untuk anak teruskan kehidupannya. Ingatlah bahawa perkahwinan bukan untuk sehari dua, ia untuk selamanya.
Mungkin banyak perkara yang dibangkitkan mengenai tanggungjawab, kewangan atau ciri-ciri kepimpinan. Di sinilah kalian perlu buktikan yang terbaik kepada mereka bahawa masing-masing telah cukup matang untuk melayari alam rumah tangga.

Jadi kepada diri aku...

untuk memastikan hierarki kasih sayang dalam rumah tangga dapat dibina dengan sempurna, diri sendiri harus di'islah' terlebih dahulu. Jadikan titipan al-Quran dan sunah sebagai panduan agar perkahwinan berpaksikan Islam bukannya kahwin semata-mata...









P/S:
Jika mahu mendptkan yg soleh,
kurangkan agenda menCARI si Soleh,
tetapi berusahalah menJADI yg solehah.
Jika inginkan yg solehah, jgnlah cerewet menCARI yg solehah,
tetapi berusahalah menJADI yg soleh.
Bertemu yg solehah,solehahnya dia belum tentu kekal.
Bertemu yg soleh, solehnya boleh berubah,
kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.

No comments:

Post a Comment