DetIk MAsa

Saturday, November 17, 2012

Saatnya akan Tiba

Salam Maal Hijrah 1434 Hijriah....

Tahun baru Umat Islam yg disambut dengan bergegarnya bumi Gaza di Palestin dek hujan peluru berpandu, bom2 dari pesawat pejuang, bedilan kereta kebal & peluru sesat senapang tentera zionis laknatullah.

Begitu rakus zionis Israel membunuh manusia & saudara muslimku di sana tanpa rasa kemanusiaan. Alasan zionis adalah untuk mempertahankan diri dari serangan militan Palestin yg dilabel sebagai pengganas. Alasan yg masih digunakan untuk menghalalkan perang ke atas Umat Islam dari segenap pelusuk & ceruk untuk memastikan Islam dapat dilenyapkan dari muka bumi ini.

Waktu ini, apa yang PBB buat?? apa NATO buat??? Apa Amerika Syarikat buat??? Apa negara Eropah buat???  Mereka hanya berdiam & sekadar melihat demontsrasi di seluruh dunia... Kenapa??? Kerana Palestin adalah negara Orang Islam. Jadi biarkan saja.

Aku tertanya kenapa tiada sekatan dibuat ke atas Israel??? Di mana Hak Asasi Manusia??? Persetankan semua itu kerana bagi aku semuanya adalah konspirasi dunia yang didalangi AS & sekutunya.

Aku masih tertanya. Dimana pemimpin negara Islam?? OIC?? Sekadar melihat?? Dimana tentera-tentera Islam??? Masih dibuai mimpi ?? Takot dengan Israel???

Akhirnya aku mendapat jawapan.. Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
H.R. Abu Daud.

Ada 1 sajak daripada Dr. Asri Zainal Abidin
tangisan itu memanggilmu,
ratapan itu merayumu,
suara wanita yang tidak bermaya
jeritan si kecil yang tidak berdosa
ratapan si tua yang tidak terdaya
darah pemuda yang ditumpah
nyawa perwira yang dimamah
kau biarkan mereka dilapah
suara sayu memanggilmu
bumi Gaza yang diserbu
dek bangsat yang penuh muslihat
tentera khianat yang dilaknat


tergamaknya kau bersahaja
cuma menjadi penonton setia
sedangkan tanah Gaza dibunuh percuma
tanpa kau rasa duka
airmata dosa membiarkan mereka dihina derita
manakah janji bahwa kita bersaudara
darah Gaza akan menuntutmu di hari muka
kerna kau tinggalkannya dikorban tanpa bantuan
bangkitlah dengan keinsafan,hulurkan tangan pertolongan
demi Tuhan! buat Palestin yang ditawan!



Saat aku tertanya tentang peranan orang lain.Terpaling ke arah diri sendiri. Apa yang mampu aku buat untuk menolong saudaraku di sana?? Ya Allah..Hina & kerdilnya diri ini serta sebak dalam hati kerana aku pun xmampu berbuat apa-apa untuk mereka. Hanya doa yang mampu ku kirimkan buat mereka.


Kepada warga Palestin & rakyat Muslim di Gaza :

Kuatkan semangatmu & cekalkan keImananmu sesungguhnya Allah SWT bersama-sama dengan orang beriman.Bahkan Allah SWT memberikan keistimewaan kepada mereka yang berjuang kerana-Nya dalam beberapa firman-Nya antaranya yang bermaksud "Sesungguhnya Allah membeli dari orang yang beriman itu, nyawa mereka dan harta benda mereka. Sebagai gantinya Allah memberikan balasan syurga untuk mereka kerana mereka bermati-matian di jalan Allah, meraka sanggup membunuh dan dibunuh". Syurga bagi para Mujahid & pejuang Islam.



Buat diriku & semua umat Islam bangkitlah:

 Kita semakin menuju ke akhir zaman. Bersedialah dari semua aspek. Mungkin sekarang kita melihat Gaza, tapi tak mustahil suatu hari nanti akan terjadi kepada kita. Taatlah pada Allah Taala & Rasul S.A.W serta berpeganglah pada Al-Quran & As-Sunnah. Sekarang bukan masanya kita mengumpul harta & pangkat serta bersuka ria. Ajal akan menjemput kita. Tanamlah azam untuk menjadi muslim & mukmin yang sejati.Banyakkan & menghafaz surah Al-Kahfi untuk mengelakkan fitnah dajjal laknatullah.

Kepada Zionis & Israel :

 Saatnya akan tiba. Sekarang mungkin kau ketawa melihat mayat-mayat Umat Islam dipijak olehmu. Kau suka & tertawa melihat umat Islam ditindas & dizalimi.Tapi kau perlu tahu bahawa Allah itu Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa. Apalah sangat dengan teknologi-teknologi canggihmu itu jika nak dibandingkan dengan teknologi kekuasaan Allah.Apalah sangat dengan kekuatan bilangan bala tenteramu jika nak dibandingkan dengan hanya seorang tentera Allah.Tunggulah, masanya akan tiba. Khilafah akan tiba!!! Imam Mahdi akan tiba!! Saatnya akan tiba !!! Jihad akan tiba!!! Kezaliman & penindasan akan diganti dengan keamanan. Semuanya dengan izin Allah SWT. Allahuakbar!!!



No comments:

Post a Comment