DetIk MAsa
Saturday, December 22, 2012
Ini pilihan aku
Memang selalu kita medengar ungkapan “hidup ini perlu ada pilihan dan pendirian”. Kekadang aku selalu terpikir akan diri ini yang susah untuk buat pilihan dan setelah pilihan itu dibuat aku gagal untuk mempunyai satu pendirian yang kekal. Kekadang pilihan itu datang membuatkan kita terasa seperti ingin mengambil kedua-duanya dan jauh didalam hati kita akan terdetik, alangkah indahnya kalo kedua-dua pilihan yang wujud itu tidak perlu dipilih. Bagaikan peribahasa, diluah mati mak, ditelan mati bapa.
pilih sesuatu yang membawa kepada kebaikan berpanjangan berbanding sementara walaupun ianya pahit.
Untuk membuat pilihan yang betul dan tepat, banyak pekara yang kita perlu pertimbangkan, sehingga kita buntu, tiada keputusan dan kekadang kita terlepas kedua-duanya kerana kita gagal memilih yang mana terbaik dalam hidup kita. Selalu juga aku terpikir untuk memilih pilihan yang bukan minat dan kehendak kita adalah satu pekara yang sangat pahit untuk kita lalui malah mamapu menyakitkan jiwa kita. Bila mulut kata tak nak, hati kata nak, kita dapat rasa betapa sakit hati kita untuk menerima pekara tersebut.
Bila pendirian bukan kehendak kita, mestikah kita mengubah pendirian kita walaupun ianya pilihan yang benar.
Pendirian pula wujud setelah kita membuat keputusan yang mana menjadi pilihan kita. Namun pabila pilihan itu bukan datang dari keihklasan hati, pendirian itu akan berubah-ubah. Sehingga kita akan rasa terkilan, sedangkan pilihan yang kita pilih itu adalah benar. Untuk itu, kita perlu untuk memikir kan apakah priority dalam hidup kita dahulu berbanding kepada pekara lain. Aku yakin apabila kita telah meletak kan sesuatu target, nescaya kita tidak akan menyesal dengan pilihan kita walaupun ianya pahit untuk diterima. Malah pendirian yang telah disemat dihati itu tidak akan goyah.
Tiada sesiapa ygn berhak untuk membuat keputusan untuk kita. Untuk membuat pilihan dan berubah semuanya datang dari kekuatan diri kita. Buatlah pilihan demi masa depan kita dan berpegang lah pada pilihan itu, mungkin kita akn merasa nikmat kebahagian hidup selepas itu, walaupun pada mulanya ianya pahit untuk diterima.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment