Salam,
Hari ni aku berminat nak post pasal ni.Apa yang perempuan perlu tahu sebenarnya ni. Entry ini bukan berunsur lucah,aku hanya ingin berkongsi perspektif aku sebagai lelaki dan aku perlu tahu sejauh mana seorang perempuan itu mengenali lelaki sedalamnya samadalah teman wanita mengenali teman lelakinya atau pun isteri mengenali suaminya.
Lelaki seorang insan yang amat kompleks.Susah untuk seseorang wanita menjangka perangai mereka.Kadang-kadang mereka happy, kadang-kadang mereka marah..Apa yang sebenarnya mereka mahukan daripada wanita dan apakah wanita mahukan daripada diri lelaki.
Hari ini aku nak berkongsi bersama dengan wanita di luar sana tentang lelaki yang mungkin korang cintai...siapa sebenarnya lelaki itu ??.
- Perjalanan hidup lelaki adalah mudah dan ringkas.Sama seperti aku.Lelaki tidak mahukan kehidupan yang kompleks. Contohnya dalam alam percintaan, lelaki lebih gemar berterus terang daripada berkias-kias.Aku sangat setuju straight to the point tapi mungkin kadang kala melukakan seseorang wanita.Berbeza dengan seorang perempuan, mereka lebih gemar berkias untuk meluahkan perasaan. Jadi perempuan perlulah faham jika kekasih anda tidak faham akan kiasan kamu.
- Lelaki lebih suka membisu. Membisu di sini bukanlah bermakna tidak bercakap seumur hidup.Tetapi bisu disini bermaksud tidak mahu memberi sebarang komen. mereka tidak mahu menimbulkan pelbagai kekecohan. mungkin tidak semua lelaki seperti ini tetapi kebanyakan lelaki seperti ini.Contohnya, sewaktu shopping bersama, apabila wanita itu menanyakan pendapat,lelaki lebih gemar mengatakan “mm..ok la..”
- Lelaki lebih pentingkan kejujuran daripada pasangannya.Lelaki tidak suka kekasihnya berbohong.Jadi wanita perlulah memberitahu segala apa yang berlaku bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku…
- Lelaki akan merasakan diri mereka tidak penting dalam hidup kekasihnya malah terasa diabai sekiranya masa saat2 susahnya dilalui seorang diri. Kadangkala lelaki memerlukan seseorang untuk menasihati & memberi semangat kepadanya tetapi perempuan hanya mengambil tahu & tidak membantunya di saat itu malah berseronok or keluar jalan-jalan bersama rakan.Pada saat ini mungkin dia akan merasakan saat untuk bersendiri & jangan terkejut sekiranya mereka berperangai pelik or buang tabiat.
- Lelaki tidak suka dikritik dan dibandingkan dengan lelaki lain.Contohnya seorang wanita memuji lelaki lain lebih hensem atau macho dari lelaki tersebut.Lelaki juga xsuka sekiranya perempuan tu selalu bercakap mengenai lelaki lain.Mungkin mereka akan marah dan rasa diri mereka itu buruk.Jadi kamu perlulah ambil hati mereka kerana mereka adalah orang yang kita sayang kan ?? Tepuk dada tanya IMAN pernah xpuji pasangan kamu???
No comments:
Post a Comment