DetIk MAsa

Sunday, May 5, 2013

Ada yg lebih susah


Hatiku berbicara sendiri lagi, sungguh malunya diri aku ini jika aku tidak tahu bersyukur atas segala pemberian daripada Allah. Allah berikan aku pengetahuan dan berikan aku segala kemudahan untuk aku menuntut ilmu malah dari segi kewangan pun keluarga aku masih mampu..Ya Allah, Alhamdulillah ku ucapkan padaMu..maafkan diri ini jika terasa hidup ini susah, sedangkan masih ramai lagi di luar sana bertarung untuk terus hidup..



Allah berfirman bermaksud:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?


Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)


Dugaan dalam kehidupan adalah satu perkara yang semua orang tidak mampu terima dengan hati yang tulus sebagai seorang hamba sebagai satu ujian dari Allah.


Dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya.


Kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia.


Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita,
Kita mudah melatah, terasa diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa.
Allah tidak adil dan mahu menyusahkan kita !


Kadang-kadang kita menyalahkan sahabat baik kita sendiri dan orang disekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut.


Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya.

.




Allah berfirman bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)


Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita
                                                               

Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.


Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdirnya.


Dan ingatlah jika kita terasa kita susah bagai nak bunuh diri sebab masalah yang kita hadapi, sebenarnya di luar sana masih banyak manusia-manusia yang mungkin lebih susah daripada kita tapi masih tetap tersenyum mungkin jika masalah itu diberi kepada mereka, mungkin masalah itu bagai seekor semut di tapak tangan mereka, contohnya seorang budak kecil yang kaya berjalan dengan kasut barunya..lalu kasut baru dan mahalnya itu terkena benda tajam..terkoyak hanya sedikit di hujung kasut tersebut..lalu dia marah, sedih dan menangis..tiba-tiba lalu sekumpulan kanak-kanak miskin yang sedang berlari berkejaran..tiba-tiba salah seorang daripada mereka  terjatuh di hadapan budak kaya tersebut..akibat terkejut budak kaya tersebut ingin membantunya untuk bangun, sedang dia ingin menarik tangan si budak miskin tersebut, lalu dia melihat kasut yang dipakai oleh si budak miskin..terkoyak habis..buruk..dia terdiam..dan berkata dalam hatinya..dia lebih susah dariku..tapi masih mengunakan kasutnya..selepas membantu si budak miskin bangun..si budak kaya pun balik dengan penuh rasa malu dengan sikapnya...

                                                          
Si budak miskin dalam masa yang sama..melihat kasut si budak kaya..hati dia terasa sedih, mengapa kasut nya tak seperti si budak kaya tadi. Hatinya teringin untuk memiliki..tapi apakan daya keluarganya miskin..dalam mengenang nasib..dia melangkah lesu pulang..dalam perjalanan pulang..si budak miskin terdengar tangisan seorang budak, sebab perasaan ingin tahu, dia menghampiri dan duduk di tepi budak tersebut. Dan terus bertanya kenapa budak tersebut menangis..lalu budak tersebut menceritakan kasutnya hilang. Kasutnya yang hilang tersebut merupakan satu-satunya kasut yang dirinya ada. Dia takut untuk memberitahu ibunya tentang kehilangan kasutnya sebab melihat keadaan ibu dia sakit dan ayahnya  yang sudah lama meninggal dunia, untuk mencari duit dan membeli kasut yang baru tentu amat sukar baginya sebagai seorang budak...si budak miskin tadi tak dapat berkata-kata..di dalam hatinya cuma berkata..dia lebih susah dariku..aku masih beruntung mempunyai sepasang kasut...lalu si budak miskin meminta diri untuk pulang dan hatinya kembali bersemangat...





                                                                     


Si budak yang kehilangan kasutnya tadi terus menangis..duduk seorang diri di bawah sepohon pokok..hari semakin gelap..dan menangislah dia di bawah sinaran bulan, tiba-tiba terdengar suara seorang budak yang lain menyapa namanya Sabri..Sabri bertanya kepada budak tersebut kenapa dia menangis..lalu budak tersebut menceritakan kasutnya yang hilang dan hal keluarganya..Sabri berkata dan menasihati budak tersebut supaya bersabar..sesungguhnya rezeki Allah ada di mana-mana di muka bumi ini..sesungguhnya Rahmat Allah itu luas..dan Allah bersama dengan orang-orang yang sabar..air mata budak tersebut berhenti mengalir..Sabri tersenyum..lalu dia meminta izin untuk pulang, dia memberitahu takut penjaga Rumah Anak yatim tempatnya tinggal risau jika dia balik lewat dari membeli barang di kedai, semasa Sabri ingin pergi..budak tersebut terkjut..rupa-rupanya Sabri bukannya duduk ditepinya..tapi kedua-dua kakinya tiada..yang ada hanya alat yang membantunya untuk bergerak dan tangannya yang mengerakkan benda tersebut..menoleh sambil tersenyum Sabri berkata..sebab Allah sayangkan aku..aku redha dengan tetapanNya..aku masih beruntung mempunyai tangan..mungkin di luar sana ada yang tak mempunyai kaki malah juga tangan..budak tersebut terdiam..dan hatinya berkata..dia lebih susah dariku..tapi hatinya tersenyum dan yakin pada Allah..aku menangis kerana aku tidak mempunyai kasut..tapi dia..masih tersenyum walau tidak akan pernah punyai kasut kerana tidak mempunyai kaki...ya Allah ampunkan hambaMu ini..I love U ya Rabbi.                         
                                                               ...

Aku patut bersyukur kerana diuji oleh Mu, Ya Allah..
moga aku semakin tabah menghadapi ujian mendatang..
amin..




pic taken from : http://www.iluvislam.com/

Wassalam...

Tuesday, January 29, 2013

Perempuan perlu tahu sebenarnya


Salam,

Hari ni aku berminat nak post pasal ni.Apa yang perempuan perlu tahu sebenarnya ni. Entry ini bukan berunsur lucah,aku hanya ingin berkongsi perspektif aku sebagai lelaki dan aku perlu tahu sejauh mana seorang perempuan itu mengenali lelaki sedalamnya samadalah teman wanita mengenali teman lelakinya atau pun isteri mengenali suaminya.

Lelaki seorang insan yang amat kompleks.Susah untuk seseorang wanita menjangka perangai mereka.Kadang-kadang mereka happy, kadang-kadang mereka marah..Apa yang sebenarnya mereka mahukan daripada wanita dan apakah wanita mahukan daripada diri lelaki.




Hari ini aku nak berkongsi bersama dengan wanita di luar sana tentang lelaki yang mungkin korang cintai...siapa sebenarnya lelaki itu ??.


  • Perjalanan hidup lelaki adalah mudah dan ringkas.Sama seperti aku.Lelaki tidak mahukan kehidupan yang kompleks. Contohnya dalam alam percintaan, lelaki lebih gemar berterus terang daripada berkias-kias.Aku sangat setuju straight to the point tapi mungkin kadang kala melukakan seseorang wanita.Berbeza dengan seorang perempuan, mereka lebih gemar berkias untuk meluahkan perasaan. Jadi perempuan perlulah faham jika kekasih anda tidak faham akan kiasan kamu. 



  • Lelaki lebih suka membisu. Membisu di sini bukanlah bermakna tidak bercakap seumur hidup.Tetapi bisu disini bermaksud tidak mahu memberi sebarang komen. mereka tidak mahu menimbulkan pelbagai kekecohan. mungkin tidak semua lelaki seperti ini tetapi kebanyakan lelaki seperti ini.Contohnya, sewaktu shopping bersama, apabila wanita itu menanyakan pendapat,lelaki lebih gemar mengatakan “mm..ok la..”



  • Lelaki lebih pentingkan kejujuran daripada pasangannya.Lelaki tidak suka kekasihnya berbohong.Jadi wanita perlulah memberitahu segala apa yang berlaku bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku…

  • Lelaki akan merasakan diri mereka tidak penting dalam hidup kekasihnya malah terasa diabai sekiranya masa saat2 susahnya dilalui seorang diri. Kadangkala lelaki memerlukan seseorang untuk menasihati & memberi semangat kepadanya tetapi perempuan hanya mengambil tahu & tidak membantunya di saat itu malah berseronok or keluar jalan-jalan bersama rakan.Pada saat ini mungkin dia akan merasakan saat untuk bersendiri & jangan terkejut sekiranya mereka berperangai pelik or buang tabiat.



  • Lelaki tidak suka dikritik dan dibandingkan dengan lelaki lain.Contohnya seorang wanita memuji lelaki lain lebih hensem atau macho dari lelaki tersebut.Lelaki juga xsuka sekiranya perempuan tu selalu bercakap mengenai lelaki lain.Mungkin mereka akan marah dan rasa diri mereka itu buruk.Jadi kamu perlulah ambil hati mereka kerana mereka adalah orang yang kita sayang kan ?? Tepuk dada tanya IMAN pernah xpuji pasangan kamu???
P/S : Kenapa Aku Agak Jiwang Harini..Ada Skru Yang Hilang Ke??? Jadi Sebagai Wanita.Sokong La Pasanganmu Bagi Memberi Perangsang Kepada Mereka Kerana Seperti Yang Kita Tahu Tulang Belakang Lelaki Ada Perempuan.



Tuesday, January 8, 2013

Isu Kalimah Allah

Bismillahirrahmanirrahim..... Assalamualaikum w.b.t

Dengan nama Allah semoga post kali ini mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Terpanggil untuk mengkaji mengenai isu yg berbangkit pada kali ini yg tgh 'hot' di Malaysia. Iaitu isu penggunaan kalimah Allah  yang ingin diguna pakai di dalam Bible oleh orang kristian.

Sebagai seorang muslim, wajibnya untuk kita tidak memandang remeh isu ini kerana akidah adalah pokok pangkal dalam agama Islam. Untuk bercakap mengenai hal ini, saya mengaku bahawa ilmu saya sgtlah cetek untuk membicarakannya tapi tujuan saya menulis mengenai hal ini bukan atas dasar politik tapi kerana takotnya saya kepada bala bencana yang mungkin terjadi (Nauzubillah) andai kata kita umat Islam tidak menjaga & tidak mempertahankan Islam & Iman dalam diri kita serta untuk umat Islam seluruhnya.

Jadi cari punya cari & baca punya baca, saya menemui beberapa video oleh alim ulama' yang menyatakan pendirian mereka berhubung isu ini. janganlah mendengar dengan penuh kepolitikan api lihatlah & dengarlah serta paham dengan Iman yang terkandung syahadah dalam diri kita. semoga bermanfaat untuk semua.

  “Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi” [ Sunan Ibn Majah, Tirmizi dan Musnad Imam Ahmad ]

Tuan Guru Haron Din

Ustaz Kazim

Jadi kesimpulannya saya pun turut menentang sekeras-kerasnya mengenai penggunaan kalimah Allah digunakan sewenangnya dalam bible & oleh kafir laknatullah kerana  saya sedar bahawa isu ini sengaja dimainkan oleh musuh Islam untuk memecahbelahkan umat Islam & mempunyai agenda sendiri.. Wallahualam


Monday, January 7, 2013

Lelaki & cintanya kepada game

lelaki dan games? memang tak boleh dipisahkan kan?am i right?hikhik! sampai kan most of the girls keep complaining kenapa lah lelaki ni suka sangat main games..ape lah yg best sangat main games tu ye tak??

actually, main games ni boleh menjana minda tahu?kakaka! but it depends on that games la..selain tuh, bila main games mmg rasa fun la..main pun sampai tak ingat dunia lah kan.. that why miskol 9 kali pon, budak lelaki tak heran..keh keh!

ok nak tahu games yg top-top lelaki suka main? let's check it out~


1- pro evolution soccer (PES)

----> hoho yang nih most of the guys suka main.sriyes, gua tak tipu..ni adalah game bola..cari partner untuk lawan ( opposition ) then pick a team then lawan..kalau ade member, then ade joystick, memang main 5 jam pun tak pe..kah kah! perasaan kemuncak bilateam score goal la kan? and lagi best team diorang menang..hehe!
* game ni aku main* LOL






2-  Dota 
Defense of The Ancient
Kenapa lelaki suka dota ? Persoalan yang sering menjadi tanda tanya di dalam fikiran kaum-kaum hawa.

Ada yang bergaduh sebelum tidur tak kurang yang perempuan terasa kurang dihargai dek kurang layanan dan mungkin lebih teruk, berpisah, hanya kerana Dota.


Dota ni game apa ? Shortly aku cerita


Dota, ialah singakatan kepada Defense of The Ancient. Pemain akan bermula permainan dengan memilih hero@karakter yang ingin digunakan sepanjang 1 permainan. Permainan ini seperti satu kehidupan, kalau hendak survive dan menang permainan, perlukan strategi. Strategi paling basic, farm duit@gold dan levelling hero yang mana max level ialah 25.


Dengan duit, barang-barang yang lebih kuat dapat dipakai, dan dengan level, skill hero dapat ditingkatkan.


Di dalam permainan, terdapat 2 kumpulan, Sentinel dan Scourge, max 1 kumpulan selalunya ialah 5 pemain, so total up 1 permainan memerlukan 10 orang maximum *selalunya. 10 orang di dalam 1 permainan yang mempunyai peta yang kecil pasti akan bertembung dengan pihak lawan dan pasti akan terima serangan dari pihak lawan.


Di sini semuanya di tunjukkan, daripada kemahiran seorang pemain mencari duit, level, bertahan dari serangan, menyerang. Disebabkan ini ialah permainan 5 lawan 5 dan tidak terhad untuk 1 lawan 1, bermakna, ianya ialah satu permainan berkumpulan, strategi menyerang dan bertahan amat diperlukan seawal dari pemilihan hero masing-masing.


Average masa permainan : 35 minutes.
*****

Defense of The Ancient

Ok ? Lelaki sukakan sesuatu yang mencabar dan menarik macam ni.


 Aku akan bagi beberapa sebab kenapa lelaki suka Dota yang aku dapat lihat.

  • Interesting strategy game, yang memerlukan kemahiran berfikir yang pantas.
  • The only game-type yang apabila dah main, susah nak rasa bosan even for 3 to 4 hours.
  • Cara melepak dengan kawan-kawan yang menyeronokkan.
  • Dota sentiasa update, dan banyak perkara yang boleh menjadi topik perbualan.
  • Tempat melepaskan tension dan bosan yang boleh kata taklah negatif sangat.
  • Setiap permainan, akan ada target@impian@mission tersendiri, dan boleh tercapai dalam masa yang singkat (plus/minus 35minutes), kalau tercapai, puas hati, kalau tak tercapai, tak puas hati, cuba lagi.



3- counter strikes (cs)

----> yang ni lagi satu game yang kene ada wifi and set up kan server. game ni boleh main team la..1 team dalam 3-5 orang.both team try to shoot each other..ala, macam perang la pendek kata..bawak pistol, bawak bom dan lain-lain..syok, sampai 10 game main pun tarak hal kan? keh keh
















4- football manager

---> game ni lain dan berbeza dengan game no 1 tadi..sebab yang ni kita hanya jadi manager kepada team bola sepak kita..syok, sebab kita boleh beli player yg kita nak dengan duit yg diberi board team kita..plus, game ni menggunakan taktikal masa nk lawan dgn team lain..hehe!






abis..ke ada lagi?heheh! tak pelah cukup la 4 games je ek..hehe! so girls, fahami lelaki..hee


OK..then kenape lelaki suka main game???

Main game adalah versi ‘do something’ pada lelaki. Takde keje? Main game. Melalui game, mereka dapat merasai sense of achievement dalam diri. Macam mana pulak tu? Macam mana boleh ada perasaan berpuas hati atas sesuatu pencapaian kalau bermain game?

Game macam Dota, Star Craft2, Call of Duty dan sebagainya melibatkan pemain membunuh orang lain yang memainkan watak orang jahat. Bila dapat bunuh orang jahat, rasa puas la, betul tak? Dan bila dapat bunuh ramai orang, mereka merasakan yang mereka adalah hebat dalam kemahiran bermain permainan tersebut. Dari situ timbul kepuasan.

Paling bodoh adalah apabila golongan ni mengamuk sakan dan hilang mood disebabkan dengan game. Itu adalah ketidakmatangan dalam diri seorang lelaki yang bila dah terlalu taksub dengan sesuatu yang bukan realiti. Please, sebagai girlfriend pastikan tahap gila game boyfriend anda tak sampai macam ni. Tak matang dan takde ciri-ciri lelaki idaman langsung.


Lelaki yang cool macam aku, main game tapi takdelah nak emosional sangat. Main setakat nak puaskan hati dan spend time untuk diri sendiri.Then again, tak semua mempunyai minat yang sama seperti aku, tapi asalkan jangan hidup anda setakat main game dan perabis beras kat rumah je, oklah. Wassalam^^

Saturday, December 22, 2012

Ini pilihan aku


Memang selalu kita medengar ungkapan “hidup ini perlu ada pilihan dan pendirian”. Kekadang aku selalu terpikir akan diri ini yang susah untuk buat pilihan dan setelah pilihan itu dibuat aku gagal untuk mempunyai satu pendirian yang kekal. Kekadang pilihan itu datang membuatkan kita terasa seperti ingin mengambil kedua-duanya dan jauh didalam hati kita akan terdetik, alangkah indahnya kalo kedua-dua pilihan yang wujud itu tidak perlu dipilih. Bagaikan peribahasa, diluah mati mak, ditelan mati bapa.



pilih sesuatu yang membawa kepada kebaikan berpanjangan berbanding sementara walaupun ianya pahit.

Untuk membuat pilihan yang betul dan tepat, banyak pekara yang kita perlu pertimbangkan, sehingga kita buntu, tiada keputusan dan kekadang kita terlepas kedua-duanya kerana kita gagal memilih yang mana terbaik dalam hidup kita. Selalu juga aku terpikir untuk memilih pilihan yang bukan minat dan kehendak kita adalah satu pekara yang sangat pahit untuk kita lalui malah mamapu menyakitkan jiwa kita. Bila mulut kata tak nak, hati kata nak, kita dapat rasa betapa sakit hati kita untuk menerima pekara tersebut.



Bila pendirian bukan kehendak kita, mestikah kita mengubah pendirian kita walaupun ianya pilihan yang benar.

Pendirian pula wujud setelah kita membuat keputusan yang mana menjadi pilihan kita. Namun pabila pilihan itu bukan datang dari keihklasan hati, pendirian itu akan berubah-ubah. Sehingga kita akan rasa terkilan, sedangkan pilihan yang kita pilih itu adalah benar. Untuk itu, kita perlu untuk memikir kan apakah priority dalam hidup kita dahulu berbanding kepada pekara lain. Aku yakin apabila kita telah meletak kan sesuatu target, nescaya kita tidak akan menyesal dengan pilihan kita walaupun ianya pahit untuk diterima. Malah pendirian yang telah disemat dihati itu tidak akan goyah.

Tiada sesiapa ygn berhak untuk membuat keputusan untuk kita. Untuk membuat pilihan dan berubah semuanya datang dari kekuatan diri kita. Buatlah pilihan demi masa depan kita dan berpegang lah pada pilihan itu, mungkin kita akn merasa nikmat kebahagian hidup selepas itu, walaupun pada mulanya ianya pahit untuk diterima.

Saturday, November 17, 2012

Saatnya akan Tiba

Salam Maal Hijrah 1434 Hijriah....

Tahun baru Umat Islam yg disambut dengan bergegarnya bumi Gaza di Palestin dek hujan peluru berpandu, bom2 dari pesawat pejuang, bedilan kereta kebal & peluru sesat senapang tentera zionis laknatullah.

Begitu rakus zionis Israel membunuh manusia & saudara muslimku di sana tanpa rasa kemanusiaan. Alasan zionis adalah untuk mempertahankan diri dari serangan militan Palestin yg dilabel sebagai pengganas. Alasan yg masih digunakan untuk menghalalkan perang ke atas Umat Islam dari segenap pelusuk & ceruk untuk memastikan Islam dapat dilenyapkan dari muka bumi ini.

Waktu ini, apa yang PBB buat?? apa NATO buat??? Apa Amerika Syarikat buat??? Apa negara Eropah buat???  Mereka hanya berdiam & sekadar melihat demontsrasi di seluruh dunia... Kenapa??? Kerana Palestin adalah negara Orang Islam. Jadi biarkan saja.

Aku tertanya kenapa tiada sekatan dibuat ke atas Israel??? Di mana Hak Asasi Manusia??? Persetankan semua itu kerana bagi aku semuanya adalah konspirasi dunia yang didalangi AS & sekutunya.

Aku masih tertanya. Dimana pemimpin negara Islam?? OIC?? Sekadar melihat?? Dimana tentera-tentera Islam??? Masih dibuai mimpi ?? Takot dengan Israel???

Akhirnya aku mendapat jawapan.. Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
H.R. Abu Daud.

Ada 1 sajak daripada Dr. Asri Zainal Abidin
tangisan itu memanggilmu,
ratapan itu merayumu,
suara wanita yang tidak bermaya
jeritan si kecil yang tidak berdosa
ratapan si tua yang tidak terdaya
darah pemuda yang ditumpah
nyawa perwira yang dimamah
kau biarkan mereka dilapah
suara sayu memanggilmu
bumi Gaza yang diserbu
dek bangsat yang penuh muslihat
tentera khianat yang dilaknat


tergamaknya kau bersahaja
cuma menjadi penonton setia
sedangkan tanah Gaza dibunuh percuma
tanpa kau rasa duka
airmata dosa membiarkan mereka dihina derita
manakah janji bahwa kita bersaudara
darah Gaza akan menuntutmu di hari muka
kerna kau tinggalkannya dikorban tanpa bantuan
bangkitlah dengan keinsafan,hulurkan tangan pertolongan
demi Tuhan! buat Palestin yang ditawan!



Saat aku tertanya tentang peranan orang lain.Terpaling ke arah diri sendiri. Apa yang mampu aku buat untuk menolong saudaraku di sana?? Ya Allah..Hina & kerdilnya diri ini serta sebak dalam hati kerana aku pun xmampu berbuat apa-apa untuk mereka. Hanya doa yang mampu ku kirimkan buat mereka.


Kepada warga Palestin & rakyat Muslim di Gaza :

Kuatkan semangatmu & cekalkan keImananmu sesungguhnya Allah SWT bersama-sama dengan orang beriman.Bahkan Allah SWT memberikan keistimewaan kepada mereka yang berjuang kerana-Nya dalam beberapa firman-Nya antaranya yang bermaksud "Sesungguhnya Allah membeli dari orang yang beriman itu, nyawa mereka dan harta benda mereka. Sebagai gantinya Allah memberikan balasan syurga untuk mereka kerana mereka bermati-matian di jalan Allah, meraka sanggup membunuh dan dibunuh". Syurga bagi para Mujahid & pejuang Islam.



Buat diriku & semua umat Islam bangkitlah:

 Kita semakin menuju ke akhir zaman. Bersedialah dari semua aspek. Mungkin sekarang kita melihat Gaza, tapi tak mustahil suatu hari nanti akan terjadi kepada kita. Taatlah pada Allah Taala & Rasul S.A.W serta berpeganglah pada Al-Quran & As-Sunnah. Sekarang bukan masanya kita mengumpul harta & pangkat serta bersuka ria. Ajal akan menjemput kita. Tanamlah azam untuk menjadi muslim & mukmin yang sejati.Banyakkan & menghafaz surah Al-Kahfi untuk mengelakkan fitnah dajjal laknatullah.

Kepada Zionis & Israel :

 Saatnya akan tiba. Sekarang mungkin kau ketawa melihat mayat-mayat Umat Islam dipijak olehmu. Kau suka & tertawa melihat umat Islam ditindas & dizalimi.Tapi kau perlu tahu bahawa Allah itu Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa. Apalah sangat dengan teknologi-teknologi canggihmu itu jika nak dibandingkan dengan teknologi kekuasaan Allah.Apalah sangat dengan kekuatan bilangan bala tenteramu jika nak dibandingkan dengan hanya seorang tentera Allah.Tunggulah, masanya akan tiba. Khilafah akan tiba!!! Imam Mahdi akan tiba!! Saatnya akan tiba !!! Jihad akan tiba!!! Kezaliman & penindasan akan diganti dengan keamanan. Semuanya dengan izin Allah SWT. Allahuakbar!!!



Tuesday, November 6, 2012

Cinta dengan Ikhlas

Jiwang lagi =,= '

Cinta adalah anugerah terindah yang pernah diterima manusia,dan akan selalu hidup dalam setiap hati manusia. Cinta bukanlah benda yang diberikan begitu saja dan lalu boleh kita buang bila kita tidak menyukainya.
Cinta adalah sumber kekuatan. Cinta adalah saat kau harus jujur pada dirimu sendiri dan orang yang kamu cintai. Cinta adalah saat kamu mendengar, berbicara dan menghargai kebenaran dan tidak pernah menolaknya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mau berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakan
Kerana mencintai bukanlah bagaimana kamu melupakan melainkan bagaimana kamu memaafkan.
Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan melainkan bagaimana kamu mengerti.
Bukanlah apa yang kamu lihat melainkan apa yang kamu rasakan.
Bukanlah bagaimana kamu melepaskan melainkan bagaimana kamu bertahan.
Namun cinta juga bukanlah bagaimana mempertahankan seseorang yang kau cintai, sementara ia sedar memiliki alasan yang salah mencintaimu, maka lepaskan dan berlalulah darinya agar dia memiliki kesempatan untuk mendapatkan cinta dengan alasan yang lebih baik.
Memilih cinta karena kecantikan atau ketampanan tak akan pernah membuat bahagia kerana itu sebatas tipuan mata, ia akan sirna terguris oleh waktu.Jika engkau memilih cinta kerana pesona kecerdasan seseorang kau hanya akan menyesali diri kerana di atas langit masih ada langit, kerna disebalik kecerdasannya ada lagi mereka yang lagi cerdas. Cinta tiada alasan, tapi ia perasaan mendalam.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, juga amat menyakitkan ketika orang yang dulu mencintaimu berubah memalingkan diri darimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang . Tapi ketika cinta itu TULUS, meskipun kalah, kamu tetap menang, hanya karena kamu berbahagia dapat mencintai seseorang lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.
Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana kita ingin berhenti mencintainya Melainkan kerana kita menyedari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.
TETAPI, apabila kau benar-benar mencintai seseorang dengan sedalam-dalamnya, beranikan diri melepaskan untuk dia memilih. Jika dia kembali kepadamu, maka ia akan jadi milikmu, jika tidak, maka dia tidak aakn pernah menjadi milikmu selamanya.
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya .Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, tetapi kamu masih setia menunggunya. Cinta adalah ketika kau melihat dia bahagia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: “Aku turut bahagia untukmu”. Jika kamu mencintai seseorang, kamu akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi mu.
Satu-satunya cara agar kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Cinta kadang-kalanya tidak tahu bagaimana cara mengungkap dengan kata-kata atau perbuatan. Bahkan kau melakukan banyak kesalahan dalam mengungkapkanya, hingga orang yang dicintai salah faham, tapi tak perlu menyesal karena setiap orang merasa buta saat jatuh cinta, namun kau bisa memperbaiki mengukirnya dengan goresan ikhlas atas nama kebesaran Tuhan.
P/S  : Bertuah seorang lelaki jika dia cinta pertama wanita, namun lagi bertuah seorang wanita jika dia cinta pertama & terakhir seorang lelaki…<3